Jana Kerja Malaysia ialah sebuah platform pembangunan tenaga kerja nasional yang berfokus kepada industri berimpak tinggi seperti Minyak dan Gas, Penerbangan, Maritim, dan Tenaga Baharu.
Kami tidak menjalankan latihan secara langsung, sebaliknya bekerjasama dengan pusat latihan bertauliah dan syarikat industri bagi memastikan belia Malaysia mendapat akses kepada latihan kompetensi yang diiktiraf serta peluang kerjaya sebenar selepas tamat program.
Peranan utama kami ialah menghubungkan belia berpotensi dengan institusi latihan, badan industri, dan majikan, sekali gus membina laluan kerjaya yang mampan dan berimpak tinggi untuk masa depan mereka.



Menjalinkan kerjasama strategik dengan pusat latihan bertauliah di seluruh Malaysia.
Membuka akses kepada program latihan dan pensijilan industri bertaraf antarabangsa.
Membantu belia mendapatkan peluang penempatan kerja selepas tamat latihan.
Menyokong pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor berimpak tinggi dan bernilai tambah tinggi.


Mengutamakan ketelusan dan kejujuran dalam setiap kolaborasi dan inisiatif.

Membina hubungan strategik bersama rakan industri dan institusi latihan.

Dedikasi dalam memastikan setiap belia mendapat peluang kerjaya berkualiti.

Menyokong pembangunan standard latihan dan penempatan kerja yang terbaik.

Mendorong transformasi tenaga kerja Malaysia ke arah industri moden dan berteknologi tinggi.

Menyambungkan belia dengan pusat latihan berstandar industri untuk kursus teknikal dan kemahiran kompetensi.
Menyalurkan maklumat peluang kerjaya kepada belia, menghubungkan mereka dengan majikan dalam sektor berimpak tinggi.
Menyokong penempatan kerja dalam industri Oil & Gas, Aviation, dan Maritim.
Membantu pembangunan modal insan yang sesuai dengan keperluan industri dan ekonomi negara.
Mengaktifkan program peningkatan kemahiran (upskilling) yang memberi peluang kepada pekerja untuk terus relevan dengan teknologi dan keperluan pasaran.
Pasukan pengurusan di Jana Kerja Malaysia membawa kepakaran industri dan komitmen tinggi dalam melahirkan tenaga kerja mahir tempatan. Kami percaya bahawa bimbingan yang berstruktur, latihan berkualiti dan jaringan industri yang kukuh adalah kunci kejayaan untuk setiap peserta program kami.

En. Faisal SUHAIMI
Pengurus Operasi

En. RAJA MOHD Khairi
Pengurus Platform 1

Puan Farah
Penyelaras Latihan

Puan Jusrita
Penyelaras

En. Iezlan
Penyelaras

Cik Amy
Penyelaras

ARENA EDU VENTURES (M) SDN. BHD.
Platform pembangunan kerjaya dan latihan industri di Malaysia. Peneraju di sebalik Jana Kerja Official.
Follow us on social media and join the clean energy movement!
© 2025 Latihan dan Peluang Kerjaya - Jana Kerja Malaysia, Arena Edu Ventures (M) Sdn. Bhd. All rights reserved. Developed by ShzDesign